Rabu, 5 September 2012

URUTAN - Urutan Selepas Bersalin

PAKEJ URUTAN BERSALIN

Kami adalah Pakar Urutan Bersalin

Terbukti Berkesan Dengan Pelanggan Sedia Ada ..

Kami sedia ke rumah anda 

Hubungi PN.NINA - 017-6811195 / 010-814 5667

 Kami menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin Turun Temurun Dari Keluarga, bersedia kerumah anda seperti Seremban, Seremban 2, Nilai, KLIA, Shah Alam, Kuala Lumpur, Subang, Puncak Alam dan kawasan sekitarannya. 
kami juga menyediakan pakej seperti:
 
 RAWATAN SELEPAS BERSALIN
Keseluruhan Pakej Bersalin Normal Berharga RM 650 
Keseluruhan Pakej Bersalin Ceaser Berharga RM750
(3 Hari x Rawatan selama 3-4 Jam)
 
3  x MANDIAN HERBA AKAR KAYU TURUN TEMURUN UNTUK IBU BERSALIN
 3  x URUTAN BERSALIN 
3  x SENGKAK PERANAKAN

3 x BERTUNGKU
3 x BERTANGAS
3  x BERBENGKUNG




Set Lengkap Bertangas yang Ditempah Khas

 Kami bawakan ke rumah anda

Set Lengkap Bertangas
Kaedah tradisi yang terbukti berkesan untuk ibu lepas bersalin, 
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang
Bagi wanita selepas datang haid malah untuk orang tua jua boleh bertangas bagi mengeluarkan peluh, buang toksid, melancarkan perjalanan darah dan banyak lagi faedah yang baik untuk menyihatkan badan.

RAWATAN SELEPAS BERSALIN LENGKAP
Keseluruhan Pakej Berharga RM1400
(7 Hari x Rawatan selama 3-4 Jam)
 
(BIDAN DATANG KE RUMAH)
7  x MANDIAN HERBA AKAR KAYU TURUN TEMURUN IBU BERSALIN 
 7  x URUTAN BERSALIN 
7  x SENGKAK PERANAKAN

7 x BERTUNGKU
7 x BERTANGAS
7  x BERBENGKONG
 *JIKA ANDA ATAU SUAMI MEMENTINGKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN SELEPAS BERSALIN, PAKEJ URUTAN DAN PENJAGAAN BADAN SEBULAN BOLEH DIBINCANGKAN.

Faedah urutan tradisional selepas bersalin 


1. melancarkan perjalanan darah.
2. mengeluarkan darah yang terkumpul.
3.Menaikkan rahim/peranakan.
4.Membetulkan urat  tegang/terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
5.Memecahkan lemak.
6.Mengetatkan dan membentukkan kembali badan seperti sebelum hamil.
7.Mempercepatkan proses pemulihan kesan daripada melahirkan anak.
8.Mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu badan.

Kebaikan Mengurut


Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.

Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang-larang berurut:-

Ø   Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.

Ø    Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.

Ø    Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung  kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.

Ø Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.


Faedah berbengkung selepas bersalin


 http://3.bp.blogspot.com/_6Xay_-KUcJY/TBJBIQJhlDI/AAAAAAAAA6g/Xy8_kNU9XJA/s1600/bengkung.jpg

  • Dipercayai dapat mengempiskan perut
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin'
  • Mengelakkan masalah buncit
  • Mengembalikan kedudukan peranakan
  • Menghilangkan sakit belakang
  • Merampingkan perut
  • Memepercepatkan pengeluaran darah kotor
  • Mengelakkan badan daripada 'masuk angin'.
  • Menyokong rahim supaya tidak jatuh dari kedudukan asal
  • Untuk memperoleh badan yang sihat dan langsing
  • Mengelakkan penggumpulan lemak dibahagian-bahagian tertentu terutamanya pinggang dan paha.
  • Membantu mengawal selera makan
  • Menegangkan kembali otot2 perut
Ibu yang berpantang digalakan memakai bengkung selama 44 hari bagi memberi kesan yang terbaik. Bengkung biasanya dipakai selepas rawatan bertungku, bertangkas atau pilis. Sebelum berbekung, adalah sebaiknya membuat sapuan herba seperti krim barut nona roguy yang dipercayai dapat membantu menggembalikan dan mengencangkan otot-otot wanita selepas bersalin. Tapi pakai krim barut jenama lain pon blh. Kalau berdasarkan 2 kali pengalaman kelahiran, Krim barut Nona Roguy dan Minyak Herbanika Nona Roguy memang sangat berkesan. Hasil pemakaian yang rapi dalam 10 hari selepas bersalin,  telah menyebabkan banyak darah kotor keluar dan mengecutkan rahim dengan cepat.

Bagi yang bersalin secara c-zer, adalah digalakkan untuk menunggu dalam masa 2 minggu - 1 bulan sebelum memakai bengkung kecuali bengkung moden yang disediakan khas untuk ibu yg bersalin c-zer.



Faedah Bertungku Kepada Ibu

Selain berurut dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).


Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisis berbaring, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.


Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa lapis kain (yang disusun di dalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit. (sekarang terdapat beberapa jenis tungku moden...dan kaedahnya juga berlainan dengan tungku tradisional). Setelah dibalut rapi pangkal batu / besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka).


Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku


Bahagian Peranakan


Bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.
Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan terasa tidak selesa, seolah-olah adanya benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit. Bertungku juga memerlukan kemahiran. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan.


Bahagian Badan
Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu baru beralih ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja.


Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.
Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
Bahagian Bawah
Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku, terutamanya pada hari pertama, kedua dan ketiga. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini. 


KEBAIKAN BERTANGAS SELEPAS BERSALIN




Set Lengkap Bertangas

Set Lengkap Bertangas
Kaedah tradisi yang terbukti berkesan untuk ibu lepas bersalin, lepas datang haid malah untuk orang tua bagi mengeluarkan peluh, buang toksid, melancarkan perjalanan darah dan banyak lagi faedah yang baik untuk badan
 Bertangas biasanya dilakukan semasa ibu dalam pantang. Tujuan bertangas adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di dalam badan, serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan. Selain daripada itu, bertangas juga bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mampu mengeringkan, mengetatkan dan mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa proses mengandung dan bersalin. Ia juga bagi mengelakkan prolapse.

Penjagaan yang baik adalah untuk kesegaran ibu yang telah melahirkan dan badan akan segar kembali seperti sebelum melahirkan


towel-spa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan