Ahad, 4 November 2012

BEKAM - Harga Rawatan




Soalan-soalan lazim...

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah 2jam perut dalam keadaan kosong.

4) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

5) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

6) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

7) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh MANDI selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh mandi dengan air suam.

8) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

 UNTUK MENDAPAT RAWATAN BEKAM & URUTAN.
SILA HUBUNGI TUAN HAJI PAK LANG 017-3388 741 - SEREMBAN 2 
UNTUK WANITA : SILA HUBUNGI PN.NINA : 010-814 5667 / 017-6811195

Tiada ulasan:

Catat Ulasan