Khamis, 23 Mei 2013

NR Set Bersalin

Set Bersalin NR( Dulu di kenali sebagai Set Bersalin Nona Roguy )
 





Harga Jualan : RM 365.00 (S/M)

Harga Promosi: RM 300.00

FREE POSLAJU



Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR)disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Ramuan pusaka tradisi ini telah diamal dan dipegang kukuh dari generasi ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan penggunaan herba ini telah diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan keluarga Diraja Siak, Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.

Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

"Adakah Anda Mahu Miliki Tubuh Yang langsing Selepas bersalin"
Mahukah juga saya tunjukkan  satu cara yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 44 hari berpantang?


                
               Jika anda sedang mengandung    anak   pertama     dan  tiada  pengalaman berpantang.
              Jika anda pernah melahirkan cahaya mata dan kecewa dengan set bersalin yang pernah anda guna dahulu.
            Jika anda ingin luka jahitan anda cepat sembuhdan tiada rasa ngilu-ngilu.
          Jika anda pernah mengeluh kerana begitu sukar untuk lawas  dan bimbang  luka jahitan akan terbuka.




Anda mungkin selalu mendengar nama Set Bersalin NR( dulu di kenali sebagai set bersalin nona roguy ) tetapi pernahkah anda mencubanya? Kenapa ibu-ibu yang baru bersalin akan memilih set bersalin NR ini walaupun  kelihatan ia agak mahal berbanding dengan set bersalin yang berlambak di pasaran ?
Kenapa juga saya mengesyorkan anda menggunakan Set Bersalin NR dan bukan jenama X, bukan jenama Y , dan bukan jenama Z? Pasti ada rahsia tertentu mengapa Set Bersalin NR merupakan set rawatan lepas bersalin yang menjadi pilihan selepas bersalin?
Biar saya terangkan ciri-ciri dan kelebihan  menggunakan set bersalin NR ini . Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami



Kelebihan Set Bersalin NR

Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan  timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
Ia juga  mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
Mudah di pakai sewaktu berpantang.
Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.
  
Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
  
Selamat di makan.
Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.
Set Bersalin yang lengkap.
Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda  tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang. 
Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR  adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening. 

Anda mungkin berkata itu sajakah kelebihan set bersalin NR ( dulu di kenali sebagai set bersalin nona roguy ) ?
Oopss nanti dulu kerana saya masih belum mendedahkan banyak lagi faedah sampingan menggunakan set bersalin NR  ini.
Faedah sampingan

Lebih  menjimatkan wang anda
Membeli secara set sebenarnya lebih murah berbanding membeli secara berasingan.Duit anda yang berlebih tu bolehlah anda gunakan untuk membeli barang keperluan yang lain atau simpan saja di bank!.
Menjimatkan masa dan tenaga anda .
Semasa mengandung anda  tak perlu  membuang masa memilih dan bertanya kepada penjual yang mungkin seorang yang tidak mahir dengan persediaan bersalin. Anda boleh gunakan masa yang terluang itu untuk berehat sambil menonton TV!
Selepas bersalin pun  anda dapat lebih banyak masa untuk berehat dan bermain dengan bayi anda sebab si comel anda pasti kenyang dengan pengeluaran susu yang lancar dan tidur lena.Masa inilah saja anda dapat meluangkan masa anda sepenuhnya sebelum mula bekerja semula. 
  
Anda boleh elakkan pembaziran.
Oleh kerana barangan yang terkandung di dalam set ini adalah pelbagai guna, ia juga boleh di pakai untuk kesihatan dan kecantikan anda walaupun anda telah habis tempoh berpantang.Jangan membazir!
Keanggunan anda pasti terserlah
Anda pasti kelihatan lebih muda dan bergaya dengan set bersalin NR  kerana anda mendapat khasiat penjagaan dan pemakanan yang tinggi selepas bersalin.
Bolehlah anda menggayakan baju kebaya yang telah lama anda gantung dalam almari
Pasangan anda pasti kagumBeliau pasti lebih menyayangi anda kerana mendapat seorang isteri yang mementingkan kesihatan dan kecantikan walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak.
 .................dan banyak lagi


Nampak tak sekarang kenapa Set Bersalin NR ( dulu di kenali sebagai set bersalin nona roguy )   ini adalah set rawatan lepas bersalin yang patut di miliki oleh semua ibu-ibu yang bakal bersalin? Saya tidak berani berkata begini jika saya sendiri tidak pernah memakainya.



Pengalaman saya sendiri



Semasa melahirkan anak yang pertama saya menggunakan set rawatan lepas bersalin yang agak murah kerana ingin berjimat. Bagaimana pun semasa mengambil set rawatan lepas bersalin tersebut, saya menghadapi kesukaran untuk lawas ketika dalam bilik air.
"Bayangkan bagaimana sukarnya saya untuk ke bilik air dan terpaksa menunggu lama kerana takut  luka jahitan yang masih baru akan terbuka.".
Kesemua kesusahan ini membuatkan saya benar- benar serik kerana bukan saja wang habis untuk membeli set rawatan lepas bersalin yang tidak efektif malah tubuh saya tidak mendapat khasiat pemakanan yang saya inginkan!
Sepatutnya pengalaman menimang cahaya mata adalah saat yang begitu indah untuk saya.
Bagaimana pun semasa melahirkan anak yang ke tiga, saya TIDAK LAGI MENGHADAPI KESEMUA MASALAH YANG PERNAH SAYA HADAPI SEBELUM INI KERANA SAYA TELAH MENUKAR SET BERSALIN SAYA KEPADA SET BERSALIN NR .


Anda mungkin tertanya-tanya apa yang ada di dalam pek bersalin ini. Jangan kita buang masa lagi, mari saya tunjukkan apa yang terkandung di dalam set bersalin NR  ini.



6 Rawatan Dalam Satu Set
Wajah baru Set Bersalin NR ( Dulu di kenali sebagai Set bersalin Nona Roguy )
Mengandungi :
PhytoNatal(90 biji) - dalam bentuk tablet untuk dimakan
Akar Herbanika(10 paket)- dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
Minyak Herbanika(100 ml) - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan(krim)
Herbanika barut(60gm) - sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika(10 paket)- untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
Herbanika Lulur(100gm) - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit







1. MINYAK HERBANIKA

  • Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad
  • Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).
  • Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan.)
  • Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)

Untuk bersalin normal:

Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk bersalin secara pembedahan:

Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa.
(Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)
Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.

Bagi kelahiran normal:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)

Bagi kelahiran secara pembedahan:

Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder  yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.







2. UNCANG CUCI HERBANIKA

Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.

  • Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
  • Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
  • Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.

Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

  • Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
  • Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih serta segar dan kesat kering.
  • Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.



3. AKAR HERBANIKA

Untuk Minuman Antioksidan

Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.
(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:
Disyorkan rebus 2 - 3 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
(2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangkan air 


4. PHYTONATAL

Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7

Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet

PHYTONATAL membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi Angin Meroyan serta Murung, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.

Nota :
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.


5. KRIM HERBANIKA BARUT

Bagi kelahiran normal, guna  KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari) dan bagi kelahiran secara pembedahan, guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):
  • Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari,pinggang, pinggul serta atas peha.
  • Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
  • Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
  • Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.
  • Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman.

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

6. HERBANIKA LULUR
Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, dimula pada hari ke 3
  • Sebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA LULURdigaul sederhana cair dengan air suam.
  • Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
  • Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
  • Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
  • Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atauĂ‚  jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

Puan,



Menjalani kaedah berpantang dan menggunakan set rawatan lepas bersalin yang betul adalah amat penting untuk mengembalikan semula kesihatan dan kecantikan tubuh.



Amalkan berpantang selepas bersalin dan gunakan Set Bersalin NR  supaya anda tidak mengalami kesemua masalah yang biasa di hadapi oleh ramai ibu ibu yang baru bersalin. Saya pasti anda tidak akan menyesal!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan