Khamis, 3 September 2015

PAKAR RAWATAN BEKAM TERBAIK DI PUSAT BEKAM SEREMBAN 2


Bekam Sunnah di Pusat Bekam Seremban 2

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara; iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan kay (pembakaran) dengan api; dan sesungguhnya aku melarang umatku dari kay"(Hadis Sohih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam!" (Shajihu Al-Jami' 5671)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam" (Hadis Sohih)

Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah peninggalan Rasulullah SAW yang merupakan PERUBATAN WAHYU. Ianya bukan perubatan alternatif atau hasil daripada kajian, eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini. Bekam Sunnah sudah pasti mempunyai hikmah yang luar biasa dari segi khasiatnya; dengan izin dan kehendak dan kuasa Allah SWT jua.

1)  Bagaimana Bekam Sunnah dilakukan?
Bekam Sunnah (bekam darah) dimulakan dengan Jurubekam mengenalpasti titik-titik bekam pada tubuh Pesakit, berdasarkan keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan. Kemudian, sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup) bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah kulit. Tusukan jarum (lancet) dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah disedut. Seterusnya, pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor keluar ke permukaan kulit.

Pengetahuan dan kemahiran mengenalpasti titik-titik bekam ini sangatlah penting bagi memastikan Pesakit mencapai objektif kesihatan yang diharapkan. Secara ilmiahnya, terdapat Titik Bekam Sunnah, Titik Bekam Tambahan, Titik Bekam Keseimbangan (Balancing Points), Titik Bekam Berlawanan dan Titik Bekam Urat Syaitan. Terdapat juga Titik Bekam Perubatan Cina, Jepun dan Korea.

2) Adakah tusukan jarum menyakitkan/
Tidak. Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan PEN BEKAM; yang menusuk sangat laju menyebabkan kesakitan tidak berapa dirasai oleh Pesakit.

3) Adakah selamat melakukan Bekam Sunnah?
Ya, sangat selamat, in shaa Allah. Ini adalah kerana Jurubekam di PUSAT BEKAM SEREMBAN 2 adalah pemilik premis itu sendiri.. yang bergalaman hampir 18 tahun.  Kami  mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron, tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah kuman. Cawan bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang membolehkannya disteril (direbus) selama 60 minit dengan dapur steril khas; sebelum dan selepas sesi berbekam. Ayatul Quran serta Doa-doa Mustajab juga akan dibacakan oleh Jurubekam sebelum dan sewaktu membekam Pesakit.

4) Apakah kelebihan melakukan Bekam Sunnah di PUSAT BEKAM SEREMBAN 2

a) Jurubekam di PUSAT BEKAM SEREMBAN 2 juga merupakan seorang Perawat Islam (Mu’alij) berpengalaman, yang dapat mengenalpasti keperluan Pesakit serta jenis-jenis penyakit; dan melalui teknik Hikmah Mata Hati (scan) dapat mengesan kedudukan titik-titik bekam dengan tepat dan jumlah cawan bekam yang optimum bagi merawat penyakit berkenaan.

b) Gabungan bersama kaedah Kaunseling dan Analisis, Bekam Sunnah dan Ruqyah Syariyyah bagi merawat berbagai jenis penyakit minda, fizikal, rohani, hati dan jiwa yang dihidapi oleh Pesakit.

c) PUSAT BEKAM SEREMBAN 2 mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal bagi memastikan kebersihan pada tahap maksima demi keselamatan dan kesihatan Pesakit.

d) Suasana kondusif dengan gabungan Terapi Audio dan Terapi Aroma dapat menambah keselesaan dan ketenangan kepada Pesakit.

5) Bilakah tarikh mustajab untuk berbekam darah?
Berdasarkan hadis Nabi SAW; tarikh mustajab untuk berbekam darah ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan kalendar Islam. Lebih baik lagi dalam keadaan perut yang kosong; pada masa selepas mengerjakan Solat Zohor. Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan atau larangan sekiranya melakukan Bekam Sunnah pada tarikh dan masa yang lain.

6) Siapakah yang dilarang berbekam darah?
Individu yang dilarang atau berisiko tinggi untuk berbekam darah ialah wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama,  individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, pembawa HIV dan pengidap Hepatitis.

7) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesan terbaik untuk mencapai kesembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan?
Kaedah Bekam Darah adalah kaedah yang terbaik untuk mengubati penyakit dan penjagaan kesihatan; berbanding Bekam Angin atau Bekam Luncur.

8) Berapa kerap kita perlu berbekam darah?
Bagi tujuan penjagaan kesihatan, disyorkan berbekam darah sebulan sekali. Bagi tujuan mengubati penyakit, disyorkan berbekam darah seminggu sekali sebanyak tiga sesi berturut-turut.

9) Apakah penyakit yang boleh disembuhkan melalui kaedah Bekam Sunnah?
Kaedah Bekam Sunnah boleh menyembuhkan (dengan izin Allah SWT) lebih dari 93 jenis penyakit. Di antaranya adalah seperti: meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan pengaliran darah, mengeluarkan racun dan toksid/toksin, mengeluarkan darah beku, mengeluarkan angin dalam badan, menghilangkan sakit kepala, menghilangkan sakit belakang, menghilangkan sakit pinggang, menghilangkan sakit bahu/tengkuk, menghilangkan sakit sendi, menghilangkan sengal tulang, menghilangkan kejang otot, melegakan penyakit paru-paru, menghilangkan stress, melegakan batuk kronik, melegakan asma, menghilangkan ketagihan rokok dan alkohol, menghilangkan masalah tidur, menghilangkan kemalasan, menambah daya ingatan, menambah fokus, mengeluarkan unsur Jin/Syaiton dan lain-lain.

10) Apakah pantang larang selepas berbekam darah?
Anda dinasihatkan JANGAN mandi 2 jam selepas berbekam.Ini adalah kerana sistem metabolisma tubuh anda sedang aktif menghasilkan hormon regenerasi sel, antibodi dan sel-sel darah yang baru. Tubuh badan perlu berada dalam keadaan stabil dan cukup tenaga.  

11) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Disyorkan sebelum sesi berbekam perut hendak lah kosong dalam masa 2 jam. Ini adalah bertujuan untuk memaksimakan kelancaran pengeluaran darah kotor.


12)  Apakah kesan sementara yang berlaku selepas menjalani Bekam?
Selepas menjalani Bekam Sunnah, akan terdapat kesan lebam berbentuk bulatan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sedutan vakum dan cawan bekam. Juga mungkin terjadinya parut halus akibat tusukan jarum pada kawasan lebam tersebut. Segala kesan ini tidak merbahaya dan bersifat sementara sahaja. Ianya akan hilang dalam tempoh 2hingga 3 hari dari hari bekam dilakukan. In shaa Allah.

13) Bagaimanakah caranya untuk membuat TEMPAHAN SESI RAWATAN Bekam Sunnah?
SEBAIK NYA CALL/SMS/ WHATSAPP  SEBELUM DATANG UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA
PUAN NINA 017-6811195/010-8145667



Sesi rawatan kami adalah secara EKSKLUSIF (tidak bercampur dengan pesakit lain), MENYELURUH, SISTEMATIK serta telah TERBUKTI berkesan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua.Tempat bekam perempuan tidak bercampur dengan lelaki.

Syukron jazilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan