Harga Bekam



 "Kesembuhan dari Allah swt. Kami berusaha sebaik  mungkin untuk anda. Insya Allah".   Sila buat temujanji untuk kemudahan bersama  Terima kasih. 

  

HARGA PROMOSI

Harga Bekam kami Cuma RM6  1 Cup
 Harga Pakej RM 100 untuk  20 Cup
Percuma Urutan urut saraf di badan sebelum dan selepas berbekam
Air madu original kampung di beri selepas selesai berbekam 

Hubungi Pn Nina 017 6811195







MESIN BEKAM KEPALA TANPA CUKUR



Mesin bekam ini boleh membekam kepala anda 
TANPA PERLU RAMBUT DICUKUR
Ramai yang tahu akan kelebihan berbekam di  kepala, tapi tak sanggup nak CUKUR kan rambut mereka. Saya mempunyai mesin bekam untuk mereka yang sayangkan rambut mereka di CUKUR kan.


Point bekam dikepala ini paling istimewa. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 93 penyakit. Biasanya sebelum berbekam ,saya selalu menerangkan kepada setiap pesakit untuk mencuba bekam kepala.Tapi disebabkan takut kena cukur,kebanyakan pesakit menolak point Nabi ini. Jadi saya ada mesin bekam kepala..anda tak perlu cukur rambut anda.

Antara kelebihan bekam di puncak kepala: 

1) Dapat meningkatkan daya ingatan dan memori.
2)Dapat menajamkan penglihatan dan mengurangkan rabun.
3) Dapat menyembuhkan masalah saka,pendamping dan sihir
4) Dapat menyembuhkan penyakit pening kepala dan migrain
5) mampu menyembuhkan masalah stroke dan angin akmar
6) mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi


Mesin bekam ini boleh membekam kepala anda TANPA PERLU DICUKUR. Tapi bekam tanpa cukur kepala ini hanya boleh dilakukan di premis kedai saya sahaja. Datanglah di 

Pusat Bekam Seremban2
Pakar Urut Dan Rawatan Tradisional Islam 

Hubungi : Pn Nina 017-6811195

      
Jadi yang berminat untuk berbekam dipuncak kepala tanpa membotakkan kepala bolehlah melakukan bekam . Mesin bekam ini agak berat dan sensitif, dan sukar bagi saya untuk mengangkutnya untuk pergi berbekam ke rumah anda. 

Berdasarkan pengalaman saya selama bertahun tahun sebagai pembekam, mengunakan mesin bekam untuk bekam di puncak kepala adalah yang terbaik daripada mencukur kerana mesin ini dapat menyedut darah dengan lebih banyak, darah tak melekat kat rambut anda dan kepala anda akan terasa super duper ringan berbanding menggunakan bekam biasa.

Point bekam dikepala ini paling istimewa
Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda bahawa barang siapa berbekam di puncak kepala, maka akan menghilangkan 101 penyakit.

Abu Ubaid menyebutkan dalam kitabnya Garibul Hadits melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila: "Rasulullah melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang".
 

 

 Saya ingin berkongsi point @ titik bekam yang utama yang saya bekam pada pesakit saya. Tetapi ia bergantung pada penyakit dan masalah empunya badan.
 
1. AL AKHDA'AIN :
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di
sekitar otot sternocleidomastoideus.
b) Merupakan pusat kegiatan dan perjalanan dari usus kecil dan besar.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pergubatan sakit leher, leher ngilu, tinnitus, selsema, pipi bengkak, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkong dan lain-lain.

 
2. ILTIWA'
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis
dengan tulang tumit (calcaneus)
b) Merupakan pusat pperjalanan organ ginjal
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, masalah saraf, ginjal, bronkietasis, pinggul , gangguan kencing dan lain lain.

 
3. AL KAHIL
a) Terletak di sekitar tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara
bahu (acromion) kanan dan kiri.
b) Merupakan titik pertemuan dan perjalanan organ pundi, empedu, lambung, usus halus, usus
besar, pundi kencing dan tripemanas.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, selsema, asma, punggung kebas dan lain-lain.
d) Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda'ain dan al kahil" (HR.
At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).

 
4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun)
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bagian depan,
iaitu terletak di titik pertemuan antara batas rambut bagian belakang dengan batas rambut
bagian depan.
b) Berperan dalam pengobatan sakit kepala, pening, vertigo, migrain, gangguan penglihatan,
menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.

 

5. YAFUKH
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun
(os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
b) Pada kanak-kanak, waktu pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya
pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
c) Berperan dalam pengobatan epilepsi, vertigo, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea,
kejang dan lain-lain.

 
6. AL KATIFAIN
Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit penyakit leher. (Nabi SAW
melakukan bekam pada kedua bahu waktu diberi makanan daging kambing yang diletak
racun oleh orang Yahudi.

 
7. 'ALA WARIK
Berguna untuk sakit sengal-sengal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam pada pinggulnya karena penyakit sengal-sengal yang dideritanya (HR. An-
Nasai, Ibnu Majah).

 
8. QAMAHDUAH
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
b) Bagian dimana kalu sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bagian kepala yang
kena pada tanah.
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan sakit kepala belakang, pening, kurang pendengaran, sukar bercakap, schizophrenia,
epilepsi, sakit leher, pening, vertigo dan lain-lain.

 
9. PELIPIS DAN DAGU
Berguna untuk mengubati pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian
wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.

10. BAHAGIAN PUNGGUNG KAKI
Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang
kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan
laki-laki) dan saraf.

 
11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan
kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki bengkak (elephantiasis),
menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.

 
12. 'ALA DZOHRIL QODAMI
Terletak di bagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan
pada bagian kaki.

 
13. UMU MUGITS
a) Terletak di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di
2/3 bagian depan.
b) Apabila kepala dan batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibahagi menjadi
12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5
bahagian dari garis batas rambut bagian depan.



Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh, wajah

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 93 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.


Berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.


“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.


“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.


“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.

TEKNOLOGI bekam kini menggunakan gelas kaca yang bersih dan bebas hama.
Bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.


“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.


Bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.


Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 93 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan,sakit Jantung dan sakit pinggang.


Bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

“Kebaikan bekam darah ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.


Menggunakan kaedah rawatan moden, sebelum melakukan bekam pada pelanggan, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.


Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.


“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi.

Bekam boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan satu kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.


“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita.


INFO

Bekam


* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.


* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua jam sebelum berbekam.


Alat Bekam


* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.


* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, jarum Lancet, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan Berbekam


* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis buta, perempuan mengandung 3 bulan pertama dan mengalami masalah kulit yang serius


* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan Berbekam


* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 93 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit kepala, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan sakit pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.


Bekam basah


Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama DUA jam selepas berbekam.


RAWATAN BEKAM SERI MUKA,MASALAH 

JERAWAT DAN AWET MUDA



SEBANYAK 10 hingga 12 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor

 BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.

Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.

“Sebenarnya rawatan bekam bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam , jerawat dan yang paling menarik sekali ia mampu AWET MUDAKAN wajah... bagi yang pernah mencuba nya akan mengakui hasil nya.

“Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,” ujarnya.

Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa satu atau dua hari selepas itu.



“Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.

“Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.

“Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan,” jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan krim antiseptik bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh 40 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.

“Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.

“Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya  berkurangan sebanyak 70 peratus selepas menjalani dua atau tiga sesi rawatan.

KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa satu hingga dua hari.


“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala,” katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.

Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.

Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 28, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.
“Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.

“Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.

“Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari,” ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.

Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.
“Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.

Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini,” kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.


Hubungi Kami

PUSAT RAWATAN BEKAM  WANITA MUSLIMAH


PAKAR URUT DAN RAWATAN PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM
553 Jalan Kg Kayu Ara
Mambau 70300 Seremban 2
Negeri Sembilan



PN.NINA : 017-6811195 / 010-8145667

"Sila buat Temujanji untuk kemudahan bersama".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan